Wadah Perpaduan
Semalam aku pegi USM Penang, ade Ujian Sijil Rendah Persilatan PSSCM. Aku hadir sebagai tester. Hahaha...sakit badan kena belasah baru nak start nih....tak tau le bile sudahnya.
Apa pun..aku buakn nak cerita pasal ujian tu..cuma tentang apa yang aku renungkan semasa aktiviti tu.
Semua yang hadir orang Melayu. Aku rasa bangga. Sebab Melayu boleh berkumpul tanpa sengketa. Mungkin ada yang terasa atau tersinggung perasaan masa tu tapi secara zahirnya...semuanya nampak sangat mesra dan sekata. Tergambar perpaduan di kalangan ahli dan secara tak langsung antara orang orang melayu. Tapi aku terfikir...berapa banyak aktiviti macam ni berlaku dalam masyarakat kita? Kalau dulu, kenduri kahwin jadi satu wadah paling berkesan merapatkan perpaduan tapi sekarang...kenduri orang melayu pun ikut macam mat saleh. Buat kat hotel..nak datang kene ade kad jemputan..duduk meja asing asing.... Yang buat kat rumah pun sekarang pakai catering...takde dah gotong royong.
Jadi aktiviti persatuan silat skarang dah jadi salah satu wadah yang agak berkesan untuk kite kembali merapatkan hubungan. Tapi sayangnya...ade jugak segelintir orang melayu sendiri mencemuh aktiviti ni. Tah kenapa orang orang ni rasa tak puas hati pulak. Ramai yang tak sedar..orang melayu sekarang semakin lemah. Aku teringat ade orang tanya kat aku.."kalau sekarang ni jadi pergaduhan melayu dengan cina (nauzubillah), berapa ramai anak melayu yang sanggup keluar mempertahankan bangsa kita?" Bila aku fikir balik...memang tak ramai. Anak melayu sekarang kononnya moden...tak de masa nak amik kisah pasal bangsa. Semua sibuk nak mengejar trend dan cara berfikir dorang dah berubah.
Tahla...mungkin salah satu sebab kerana pemimpin kita yang terlalu sibuk memodenkan negara sampai terabai kepentingan bangsa. Tapi mungkin itulah harga kemajuan,harga pembangunan, harga kemodenan yang perlu kita bayar sebagai pengorbanan. Tapi sekarang aku nampak pemimpin kita dah pun tersedar dan tgh cuba memperbaiki keadaan...cuma mungkin kesannya agak lambat untuk mengambil tempat. Aku cuma berdoa yang kita masih belum terlambat.
Sikap orang melayu tu sendiri pun jadi penyebab. Nanti aku letakkan puisi "Melayu" nukilan Usman Awang untuk tatapan. Mungkin kita akan tersentak lalu tersedar dimana dan bagaimana kita sebenarnya.
p/s "Melayu mudah lupa.." Dr. M
Monday, February 09, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment