Wednesday, August 03, 2005

MEMANDANG BINTANG DI LANGIT, MERATAP RUMPUT DI BUMI...

Bersiar-siar ke blog kawan-kawan seperjuangan rasa diri cukup kecik sekali. Masing-masing semua dah pun mengukuhkan kedudukan dalam syarikat-syarikat multinasional. Aku? Apa pun belum. Terkadang rasa marah yang amat sangat macam tak dapat ditahan lagi rasanya. Tapi seketika aku teringat, ni semua kerja Tuhan. Kalau aku ikutkan marah maknanya aku marah pada Pencipta. Tapi tak dinafikan rasa kecewa tak dapat dibuang. Gelak tawa sekadar penutup duka. Entah kenapa, aku dah tak mampu menjawab. Biarlah, mungkin masa aku belum tiba. Mungkin aku memang ditakdirkan terus mengejar impian yang sekian lama tersimpan. Tiba masa tu, mungkin aku tak lagi rasa diri sekadar rumput di bumi memandang kagum sinar bintang di langit.

No comments: