Sukat beras mengikut saiz periuk yang ada. Kalau besar boleh masak sekali kalau kecil terpaksa masak 2 kali. Kalau beras disukat 3 pot, air perlu disukat4pot iaitu lebih satu dari sukatan beras.
Basuh beras dan tuskan. Basuh sekali sahaja sebab kalau banyak kali nanti beras tu hancur.
Kupas bawang kecil, bawang putih dan halia (bahan A). Hiris halus.
Kupas bawang besar dan kisar sehingga halus.
Kisar badam sehingga halus.
Panaskan periuk, tuang minyak mazola dan biar sampai minyak panas sepenuhnya. Campakkan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis, biarkan seketika.
Campakkan bahan A dan tumis hingga kuning keemasan a.k.a naik bau.
Bila dah naik bau, masukkan air yang telah disukat tadi. Tutup periuk dengan sabaiknya supaya wap air tidak lepas keluar. Tunggu sehingga mendidih. Jangan bukak katup je periuk tu nanti wap air keluar.
Bila dah mendidih, masukkan beras yang telah disukat tadi. masukkan bawang besar dan badam yang telah dikisar.masukkan susu cair. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Kacau hingga rata. Tutup periuk ketat-ketat.
Bila air dah 3/4 kering, masukkan tomato puree dan kacau hingga rata. Kecilkan api dan tutup periuk seketat yang boleh. Biarkan 15 minit dan kacau semula.
Nasi sedia untuk dihidangkan!
Perkara penting :
Pastikan api cukup besar dengan saiz periuk sebab kalau api tak cukup besar, nasi akan mentah.
Sediakanlah periuk kukus kalau kalau nasi mentah.
Kalau nampak wap air keluar melalui tepi tudung periuk tu maknanya periuk tak cukup ketat. Tindih la tutup periuk dengan batu ke, lesung ke, kayu balak ke.
Excessive consumption of the said dish may cause post-interaksi effects such as overwhelm admiration for the cook, uncontrolled enthusiasm for the next interaksi and transportation malfunction.
With that.... I rest my case.
No comments:
Post a Comment