Seseorang telah 'mengkedepankan' (forward) kepada saya satu email mengenai penulisan Mufti Perlis. Amat tertarik dengan peristiwa yang dipetik dari zaman kegemilangan Islam. Hayati dan selamilah ...
"Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam)."
Kalau saya salah seorang menteri di Malaysia, saya pasti mencari sesuatu yang boleh menyembunyikan muka kerana saya amat pasti saya akan sangat malu dengan langkah-langkah jimat cermat yang dikuatkuasakan oleh Perdana Menteri untuk perbelanjaan kerajaan.
Potongan 10% dari peruntukan keraian. Ada lagi 90% untuk bersuka ria???
Pembekuan kerja-kerja ubahsuai bangunan kerajaan yang sudah sedia maklum tersergam indah, berhawa dingin sepenuhnya, berkarpet. Penyelenggaran bulanan yang beratus ribu tetap seperti biasa?
Mengehadkan percutian BERBAYAR ke negara Asean sahaja. Tapi masih boleh menaiki pesawat kelas perniagaan atau penerbangan persendirian?
Perdana Menteri bijak ... Perdana Mentari tahu rakyat tiada pilihan. Mahu tidak rakyat mesti menderita. Cuma Perdana Menteri mahu rakyat tahu menteri-menterinya juga menderita. Menteri-menteri akan sangat susah dan terpaksa mengikat perut dengan potongan 10% elaun keraian. Menteri-menteri terpaksa berpanas berhujan kerana tiada pejabat baru yang dibina. Rumahtangga menteri-menteri berantakan kerana tidak lagi boleh bercuti ke seluruh dunia.
Ohh... sungguh saya terharu dengan 'pengorbanan' para menteri!
1 comment:
ya, saya juga sgt terharu
Post a Comment