Terus Mara...
Menghadiri seisi peejumpaan bersama pihak Bahagian Pengajuran Pendidikan lewat petang tadi cukup meninggalkan kesan. Bukan kerana apa yang disampaikan tetapi kerana menyedari betapa tahun-tahun yang berlalu sebenarnya cukup pantas meninggalkan diri. Celik mata pertama aku di awal pengajian dan celik mata kedua aku kini di penghujung jalan. Entah kenapa diri jadi tak keruan. Takutkah aku hendak melangkah memulakan perjalanan mencari rezeki di atas bumi tuhan? Atau aku sebenarnya terlalu sayang untuk meninggalkan alam pengajian yang penuh kenangan?
Bersembang dengan teman sebentar tadi, aku tanyakan mungkinkah erat tali persahabatan akan terungkai?? Dia sendiri tak mampu menjawab kerana tak pasti apa yang bakal menjengah susur perjalanan nanti. Yang pasti harapan tetap tersimpan. Agar jejak-jejak kemanisan tak hilang menjadi memori yang hanya tersimpan.
Friday, March 19, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment