Bakti kita??
Hem, pening fikir pasal kerja. Tapi aku dah buat keputusan nak minta kerja kat mana. Cuma kerjanya je yang belum ada. Nantilah bila dah habis nanti. Bukan tak nak cari awal-awal tapi banyak sangat yang menyesakkan kepala. Biarlah habis satu-satu dulu.
Mula-mula ingat nak cari kerja jauh sikit dari rumah. Penang ke, Ipoh ke, Kerteh ke. Rasa macam lain sikit dari adik-beradik yang semuanya kerja dekat-dekat rumah. Lagipun, bila lagi nak rasa duduk sendiri kat rumah sewa, kan? Nanti dah kahwin kena duduk dengan suami pulak. Masa belum kahwin ni la nak cedok pengalama hidup. Tapi lepas tu aku dengar ëceramah kerjaí dari pakcik-pakcik navy (ahli persatuan la katakana). Macam bagus jugak prospek kerjaya dia. Terus aku buat keputusan nak minta Skim Graduan TLDM bulan lapan nanti. Walaupun nak kene rekrut 6 bulan, tapi takpelah.
Tapi, menuju penghujung semester terakhir ni, semua agenda tu difikirkan balik. Sekarang, baru betul-betul dah buat keputusan nak kerja kat mana. Tempat kerja seboleh-bolehnya dekat dengan rumah!! Kenapa tiba-tiba?? Sebab tiba-tiba aku tersedar. Tiba-tiba aku nampak. Tiba-tiba aku faham. Tiba-tiba aku rasa dalam hati. Mak aku rindukan aku! Teringat macam mana dia gembira sangat bila aku praktikal kat KL jadi aku duduk rumah 8 bulan (jangka masa paling lama semenjak aku masuk tingkatan satu!). Dan terbayang balik kat mata aku airmata dia dengan raut wajah dia yang terluka bila aku berkemas untuk balik UTP. Macam mana aku boleh lupa?
Mak bukan perempuan yang lemah yang bergantung kat anak-anak. Tapi sebahagian dari dia macam dah hilangÖpergi bersama abah. Bila anak-anak semua depan mata, dia jadi lebih hidup dan rasa masih ada makna untuk terus hidup.
Pada yang punya mak ayah yang tegap sihat mungkin rasa aku ni ëanak makí. Tapi hanya orang yang punya mak ayah atau hanya mak atau ayah yang dah tak kuat lagi, tak sihat, berlawan dengan diabetes dgn darah tinggi, dicucuk tangan selang sehari untuk hemodialisis, bertongkat untuk berjalan adakala berkerusi roda sebab kaki dah tak kuat lagi, pasti memahami. Betapa hati ni tak sanggup melihat apatah lagi dia yang menanggung. Duit berjuta pun takkan dapat buat hati gembira kalau orang disayang bergelumang derita.
Tapi aku syukurÖsekurang-kurangnya aku masih ada emak untuk aku berbakti. Betapa hati aku terluka bila abah pergi dulu tanpa sempat aku merenjiskan setitis jasa. Aku tak terkilan cuma aku tak nak terlepas peluang untuk buat mak gembira selagi ada hayatnya. Biar aku yang ganti tempat abang-abang hantar mak pergi balik dialisis. Biar aku masakkan kalau mak teringin nak makan gulai lemak. Biar aku mandikan kalau mak tak larat nak mandi sendiri. Biar aku belikan kalau mak nak makan KFC. Biar aku dengarkan kalau mak nak teman berbual. Biar aku basuhkan lipatkan kain batik dengan baju kedah emak. Biarlah aku buat dia gembira. Jangan sampai mak rasa cuma Yop, Nyah, Yang, Abang, Yong dengan De je yang buat semua tu. Aku tak nak mak rasa aku permata yang tersorok dicelah-celah permatanya yang lain.
Mampukan aku?? Mampu tak mampu tu belakang cerita. Yang penting aku nak mak rasa aku tak pernah lari dari tanggungjawab hanya kerana selama ni aku tak punya kemampuan untuk memikulnya.
Tuesday, April 13, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment