
Masuk pertandingan memasak sempena Hari Keluarga Kolej Kediaman. Saja suka-suka masuk. Tak menaruh harapan nak menang apa-apa. Tapi dapat jugak nombor 3!! Itu pun baru tahu hari ni sebab tiada sapa antara kitorang bertiga (aku, Yani dan kak Eeja) yang turun semasa keputusan diumumkan. Tiga-tiga terpengsan tido kat bilik. Tahu tahu ada pengumuman kat mIRC suruh ambik hadiah di bilik AJK. Hahaha.
Tapi yang paling seronok masa mula memasak sampai habis penghakiman, dapur kitorang yang paling bising dan havoc. Siap ade system sokongan, terima kasih Kak Sarah, terima kasih kak Sheila! Tambah pulak dengan budak-budak junior yang sporting gila melayan dapur kitorangÖyeah!! Walaupun tak pernah kenal tapi kiranya objektif program ni tercapaiÖmemesrakan warga kolej! Cuma kurang meriah sebab hanya 5 kumpulan yang bertanding, tak macam masa tahun satu dulu, lebih dari sepuluh team. Mungkin sebab buka penyertaan untuk satu kolej je kot.
p/s kalau tak kerana desert ëbidan terjuní mungkin boleh dapat tempatlebih baik!! Hehehe
No comments:
Post a Comment