Saturday, June 05, 2004

Terima Kasih...

Herm, lamanya la sangat tak update blog ni!!! Hehe, biasalah pekse kan. Lagipun connection kat utp ni semakin menghampeh. Cuma sekarang ni dah ok sebab most of students dah pun balik.
Apa aku rasa sekarang ni? Seronok sebab akhirnya berlalu sudah empat setengah tahun yang aku dok idamkan-idamkan masa memula masuk UTP ni. Hari ni tadi aku ambik kesempatan bejalan-jalan dalam kampus ni. Menyorot balik 4 setengah tahun yang dah aku habiskan kat sini. Perasaan hati bercampur aduk. Yang pasti aku cukup bersyukur jadi orang terpilih untuk belajar kat bumi UTP ni.
Ni mungkin kali terakhir aku update blog aku kat UTP (insyaallah). Kejap lagi dah nak balik. Pasti rindu tempat ni dan kehidupan yang aku lipatkan dalam memori.

Terima kasih UTP kerana mengajar aku jadi dewasa.
Terima kasih UTP kerana menemukan aku dengan insan-insan istimewa.
Terima kasih UTP kerana setia memeluk kedukaan kala aku kecewa.
Terima kasih UTP kerana sudi tersenyum bersama saat aku gembira.
Terima kasih UTP kerana aku kini insan berilmu.


Dan buat seorang teman yang tak pernah jauh ….

Kau : “Oklah aku dah nak balik”
Aku : “Salam salam”
Kau : “Jangan peluk kuat-kuat, aku berlengas nih”
Aku : “Elok elok jalan tau, jangan bawak keta laju sangat”
Kau : “Ok, kita takkan putus..emel, telefon semua ada”
Aku : “Ok!”

Terima kasih teman kerana melangkah ke dalam hidupku
Terima kasih teman kerana cukup memahami
Terima kasih teman kerana berkongsi suka duka kehidupan ini
Terima kasih teman kerana tak pernah cuba melupakan

“The silence tells it all”

No comments: