Wednesday, September 12, 2007

Sedikit Gembira

Boss saya telah berlepas ke Bangkok untuk durasi 6 hari. Saya agak gembira dengan perkembangan ini kerana tekanan agak berkurangan.
Saya sedang giat menjalankan aktiviti mencetak dan mengedar resume ke pihak-pihak yang berkenaan.
Tetapi dalam masa yang sama, boss saya telah menjanjikan kenaikan gaji dan gred kerja. Mungkin kerana dia dapat merasakan ketidak gembiraan saya. Saya kini tidak lagi bercakap tentang hal-hal kasual dengannya. Juga tidak memberikan apa-apa pendapat dalam perbincangan. Sekadar mengiya dan menidakkan apa yang patut. Saya tidak lagi cuba menjadi defensif bila dituduh membuta tuli. Bukan kerana saya bersalah, hanya kerana saya tahu tiada bezanya. Jika boss saya merasakan saya boleh digula-gulakan dengan janji-janji begitu, dia nyatanya belum mengenali saya. Saya bukan materialistik. Saya tidak obses dengan kedudukan. Saya hanya mahu menikmati kepuasan dalam setiap apa yang saya lakukan. Dan boss saya tidak pernah membenarkan saya merasainya kerana sentiasa padanya yang terbaik masih tidak mencukupi.
Mungkin benar bila hati dah tidak suka, semua yang buruk mula menjelma. Dan memang benar semakin hari semakin banyak sisi hitam boss saya menjelma ke pengetahuan saya. Bukan saya mencari tapi ia seolah menyerah diri.
Biarlah saya ubatkan hati. Biarlah saya selami pedih ini. Saya yakin akan bangkit lebih kuat nanti.
Elly,
You help me tremendously to keep going. I owe you so much, sist!

3 comments:

Anonymous said...

Selamat berpuase babe!!

Anonymous said...

hadirnya ramadhan sgt menggembirakan... biarpun sy hanya seorg bad boy! :) selamat berpuasa!(care 2 breaking fast 2gether?)

(jack)

Anazam said...

Slamat Puasa, Yani. Tapi malam tadi dah sms kat kau kan? hehe

Jack, break fast? Why not? Tell me who you are first la...